Tuesday, May 31, 2011

Benar...Semuanya benar...

Benar,,Aku tak bohong. Aku dah mula meluat dengan kalian. Perangai mengalahkan budak 5 tahun. Macam-macam jenis manusia yang ada dalam dunia ni.

Kalian lebih teruk dari budak sekolah yang tidak puas hati dengan cikgu disiplin sekolah.

Kalian lebih jahat dari pencuri diesel subsidi di Jejantas Sungai Buloh.

Kalian memang memalukan.



Apabila tiada AJK Biro Sukan, kalian sibuk mencalonkan.

Apabila Tiada aktiviti dari Biro Sukan, kalian sibuk inginkan aktiviti tahunan..


Banyaknya tugasan dilupakan untuk mengadakan perjumpaan, sibuknya dengan tugas harian dilupakan.

Kalian bermatian inginkan AJK Biro Sukan dan aktiviti tahunan..

Nah..!! Kalian dapat apa yang kalian inginkan, AJK Biro Sukan dan Aktiviti Tahunan.

Perjumpaan demi perjumpaan diadakan. Dari satu tarikh ke satu tarikh dianjakan perlaksanaan aktiviti yang sangat kalian inginkan. Sungguh sulit dan menyulitkan. Sukar dan menyusahkan.

Hanya kerana menginginkan persetujuan tarikh untuk aktiviti tahunan. Hanya mahukan kehadiran semua ahli yang tidak seberapa..

Tarikh telah kalian tetapkan. Persetujuan telah kalian berikan. Kehadiran telah kalian sahkan.



Waktunya hampir tiba. Tarikhnya semakin menjelma.

Suratnya telah kalian terima,

Namun bila ditanya, Hanya seberapa yang akan hadir menyertainya.

Kira masanya menjelma tiba. Mungkinkah semua akan ada.? Atau hanya separuh dari sebahagian yang ada.??


Kalian ini sebenarnya kenapa.??

Apa yang sebenarnya kalian inginkan.??

Kalian tiada kerja lain yang ingin dibuatkah.??


Kalian inginkan, kalian tetapkan, kalian pula yang meminggirkan.??

Apa sebenarnya yang kalian mahukan.

Kalian sungguh memalukan. Kalian membuatkan aku
MELUAT..

Sedarlah diri..
Umur semakin naik tinggi..
Perangai macam..............
Kalian fikirlah sendir.

No comments:

Post a Comment