Friday, July 2, 2010

PENAMAT SEBUAH PERMULAAN

Penamat bagi aku untuk merasakan yang diri ini masih lagi seorang yang baru dalam perjalanan sebenarnya telah lama aku lepasi, tapi aku tidak dapat melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan 5tahun dulu. Adakah aku takut untuk melalui kehidupan yang belum dapat aku pastikan? Apakah kerana pelbagai perancangan, yang akhirnya kecundangan dek sikap sendiri. ataupun ada yang menganggu emosi? Mengapa mahu menyalahkan dan terus menunding, walaupun tiada yang mampu untuk merancang, tiada yang layak untuk menggagalkan melainkan apa yang ada pada kita,yang menjadi punca segalanya tanpa kita sedari. sedangkan yang MEMPUNYAI SEGALANYA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu tanpa diubah oleh kaum itu sendiri.jelas segalanya ada pada kita. Kita adalah punca kepada siapa diri kita.kita yang merancang dan kita yang akan menentukan apa yang akan diputuskan

Permulaan bagi sebuah kehidupan yang kini lebih baik makin aku hampiri, namun ianya tidak mudah bagi aku untuk sampai walaupun perjalanannya masih belum bermula. Segalanya masih kabur, namun dapat dinilai ketulenannya. Perjalanan kehidupan yang sepatutnya dimulakan lima tahun dulu, mendapat peluangnya yang kedua, mungkin yang terakhir. Aku tidak mahu perjalanan ini terkandas lagi dan kembali sukar. Aku tidak mahu menjadi seorang yang tidak bersyukur. Aku juga seperti insan manusia lainnya yang mahukan sebuah perjalanan yang panjang walaupun tahu ianya sukar untuk dilalui,namun demi kemahuan yang inginkan penamat yang indah yang tidak mungkin berpanjangan. Walaupun mengerti penamat itu hanyalah sebuah permulaan bagi sesuatu yang masih belum diketahui.

Akhirnya aku mengerti bahawa perjalanan itu hanya menuju ke suatu penamat yang membahagiakan jika telah tersedia dihadapan sebuah lagi perjalanan yang akan membuatkan kita lupa akan kebahagian penamat yang hanyalah sebuah permulaan.

1 comment:

  1. Apabila kita mati, berakhirlah hidup kita di dunia dan bermulalah hidup alam kubur...

    ReplyDelete