Tuesday, June 8, 2010

ZAMAN SEKOLAH

Zaman persekolahan. Apabila bercakap mengenainya, bermacam-macam yang akan bermain dalam kotak ingatan setiap orang yang pernah melalui, merasai dan mengalamainya. Tidak kira samada manis atau pahit, gembira atau duka, sedih atau gembira, setiap kita akan tersenyum dan adakala ketawa apabila bercerita bersama teman lama. Kadangkala apabila bersendirian, kita tersengih tatkala mengimbau kenangan bersama teman-teman. Nakal yang menjadikan kita dikenali oleh guru displin. Bijak yang membuatkan nama kita disebut setiap kali perhimpunan selepas tamat peperiksaan. Lain pula kisahnya apabila kita didenda kerana malas menyiapkan tugasan yang patutnya disudahkan, pasti cikgu yang mengajar pening dan penat memikirkan apa yang patut diberikan sebagai "habuan" untuk tugasan yang tidak dapat dihantar oleh pelajar.
Bemacam-macam gelagat yang ada, tersenyum bila dikenangkan. Dua minggu yang panjang untuk para pelajar sekolah seluruh Malaysia hanya satu masa yang cukup singkat bagi mereka, apa tidaknya cuti dirasakan tidak berbaloi dengan masa persekolahan yang lebih lama dan memenatkan. Bagi aku yang turut terkena tempiasnya kerana membantu ibu menghantar pelajar istimewa di Putrajaya, ini satu tempoh yang cukup lama yang mampu membuatkan aku menjadi cukup bosan untuk melaluinya.Terkenang aku tika mana seperti pelajar sekolah rendah sekarang yang cukup berbeza dengan dengan apa yang aku lalui dulu, mereka memiliki kemudahan yang cukup banyak, kelongaran undang-undang kekeluargaan yang cukup untuk membuatkan meraka menjadi kutu rayau hingga larut malam. Bebas berbasikal kesana-kemari tanpa ada yang berani menegur. Lain benar rasanya, peredaran masa atau apa yang harus dipersalahkan? Perbuatan atau siapa yang harus diperbetulkan? Persoalan yang adakalanya membuatkan setiap yang ada runsing memikirkan jawapan. Jangan kata ibu bapa, malahan sekalian menteri di parlimen bergandingan mencari jalan dan jawapan untuk penyelesaian.
Rasanya sudah cukup panjang aku meluahkan rasa, menulis kisah pelajar sekolah. Teringin rasanya berkongsi cerita tentang kisah masa sekolah. Sukar rasanya untuk mengimbau kenangan ketika di peringkat tadika, banyak yang samar dan was-was untuk aku ceritakan. Biarlah aku mulakan coretan ketika di peringkat sekolah rendah. Aku mula bersekolah rendah pada tahun 1995 di Sekolah Islam Al-Amin yang terletak di Institut Pertanian Serdang (IPS) yang mana sekolah aku berkongsi dengan kawasan dengan masjid jamek. Kemudianya pada tahun 1998 sekolah aku berpindah ke Kampung Sungai Tangkas, Bangi berhampiran dengan stesyen Komuter UKM. Sekolah aku pada ketika itu dikelilingi dengan pokok sawit dan semak-samun yang jika dibiar hidup dalam masa 5tahun lagi boleh diwartakan sebagai hutan simpan.
Teringat lagi pada suatu hari ketika bermain di semak yang berhampiran, aku terjumpa dengan sarang burung dan 3biji telur yang aku sendiri tidak tahu spisesnya. Aku bawa pulang telur itu dengan niat untuk menetaskan dan membela burung yang bakal menetas nanti. Tetapi belum pun sampai kerumah, 2biji telur itu pecah dan hanya tinggal sebiji yang mampu aku selamatkan, yang lebih menyedihkan lagi telur yang sebiji itu pecah juga ketika dieramkan di bawah peti ais di kampung aku. Sedih rasanya bila di kenangkan nasib telur itu.
Banyak lagi kisah yang aku ingin kongsi bersama, banyak lagi cerita yang ingin aku kisahkan, tapi aku rasa badan aku sudah letih untuk meneruskannya. Bagaimanapun aku akan sambung lagi pada lain kali.

1 comment:

  1. Semoga dengan mengenang masa silam kita akan merasa insaf kita supaya tabah dan sabar mengharungi masa sekarang, serta memandaikan kita bagi merancang masa depan.

    Sering kali kita tidak bisa merungkai masalah sendirian, jadi nasihat orang yang lebih dahulu melalui hidup daripada kita, boleh dijadikan panduan.

    Jangan sampai ego dan perasaan mazmumah yang bersarang di hati kita, menghalang kita daripada mendapat panduan yang berguna demi masa depan kita yang lebih baik.

    ReplyDelete